Bila sebut bab ciplak-menciplak ni, gua berpendapat kebanyakan band Malaysia (yang merakamkan lagu melayu) yang lahir masa zaman kehebatan rock dulu (1984-1990an), akan ada kesamaan dari segi lirik, muzik (intro, guitar solo, bass solo drum solo etc...) dan of coure genre dah tentu lah sama. Ini disebabkan setiap musician mesti ada mentor atau idola mereka sendiri sama ada direct or indirect. Then bila diorang buat muzik atau lirik dah tentu la ada pengaruh dari mentor atau idola diorang. Kita ambik contoh Shahrul Ekamatra, sapa-sapa yg dengar muzik dia masa mula-mula dia main dulu mesti tau yang dia peminat Malmsteen. Lagu instrumental "Ekamatra" sekurang-kurangnya 80% sama dengan "Trilogy Suite" dari album Trilogy oleh Malmsteen. Tambah pulak masing-masing baru nak dapat identiti kumpulan masing-masing. So tak hairan lah benda mcm ni berlaku. Apa pendapat lu orang bro?
Antara lagu-lagu rock melayu yang pernah gua 'tangkap' mempunyai persamaan adalah:
. D'febians - lagu Peperangan (album Juara Juara Rock) ada persamaan dengan lagu Metallica - Creeping Death.
. Crossfire - lagu Hidup Satu ada persamaan dengan lagu Rising Force yang berjudul Rising Force.
. Sweet Charity - Penunggu ada persamaan dengan lagu Black Sabbath - Die Young
. Lefthanded - intro lagu Debunga Wangi ada persamaan dengan lagu Iron Maiden - Aces High.
. Search - intro Pawana ada persamaan dengan lagu Ozzy Osbourne - I Dont Know
. Sofea - Anak Liar ada persamaan dengan lagu WASP -Wild Child.
. Wings - Semalam Yang Hangat ada persamaan dengan lagu Ozzy Osbourne - Goodbye To Romance.
. Sweet Charity - lagu Sejuta Wajah ada persamaan dengan lagu UFO - Belladona terutama part solo.
. May - intro lagu Dari Kacamata ada persamaan dengan lagu Stryper - To Hell With The Devil
. May - Sketsa Sebuah Cinta ada persamaan dengan lagu Tokyo Blade - You Are The Heart.
. Helter Skelter - Tiada Lagi Airmata ada persamaan dengan lagu Helloween - How Many Tears.
Gua hanya menulis beberapa contoh sahaja. Kalau lu orang teringat mana-mana lagu boleh senaraikan menerusi komen di bawah. Entri ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau kondem mana-mana pihak, tetapi sebagai imbasan kenangan sahaja. Lagu-lagu ini dah jadi lagenda sepanjang zaman dah. Gua harap tidak disalah ertikan atau menimbulkan sebarang kontroversi.
(credit gambar untuk member gua Hell Fire)
Suka Entri Ini?
Baru tahun ni baca
ReplyDeleteTz-cinta palsu solo gary moore
Rockerz-memori cnp Sinner storm broke loose