Tuesday, 28 June 2011

Lagu Rock Tempatan - Ciplak Atau Kebetulan???

Bila sebut bab ciplak-menciplak ni, gua berpendapat kebanyakan band Malaysia (yang merakamkan lagu melayu) yang lahir masa zaman kehebatan rock dulu (1984-1990an), akan ada kesamaan dari segi lirik, muzik (intro, guitar solo, bass solo drum solo etc...) dan of coure genre dah tentu lah sama. Ini disebabkan setiap musician mesti ada mentor atau idola mereka sendiri sama ada direct or indirect. Then bila diorang buat muzik atau lirik dah tentu la ada pengaruh dari mentor atau idola diorang. Kita ambik contoh Shahrul Ekamatra, sapa-sapa yg dengar muzik dia masa mula-mula dia main dulu mesti tau yang dia peminat Malmsteen. Lagu instrumental "Ekamatra" sekurang-kurangnya 80% sama dengan "Trilogy Suite" dari album Trilogy oleh Malmsteen. Tambah pulak masing-masing baru nak dapat identiti kumpulan masing-masing. So tak hairan lah benda mcm ni berlaku. Apa pendapat lu orang bro?

Antara lagu-lagu rock melayu yang pernah gua 'tangkap' mempunyai persamaan adalah:

. D'febians - lagu Peperangan (album Juara Juara Rock) ada persamaan dengan lagu Metallica - Creeping Death.
. Crossfire - lagu Hidup Satu ada persamaan dengan lagu Rising Force yang berjudul Rising Force.
. Sweet Charity - Penunggu ada persamaan dengan lagu Black Sabbath - Die Young
. Lefthanded - intro lagu Debunga Wangi ada persamaan dengan lagu Iron Maiden - Aces High.
. Search - intro Pawana ada persamaan dengan lagu Ozzy Osbourne - I Dont Know
. Sofea - Anak Liar ada persamaan dengan lagu WASP -Wild Child.
. Wings - Semalam Yang Hangat ada persamaan dengan lagu Ozzy Osbourne - Goodbye To Romance.
. Sweet Charity - lagu Sejuta Wajah ada persamaan dengan lagu UFO - Belladona terutama part solo.
. May - intro lagu Dari Kacamata ada persamaan dengan lagu Stryper - To Hell With The Devil
. May - Sketsa Sebuah Cinta ada persamaan dengan lagu Tokyo Blade - You Are The Heart.
. Helter Skelter - Tiada Lagi Airmata ada persamaan dengan lagu Helloween - How Many Tears.

Gua hanya menulis beberapa contoh sahaja. Kalau lu orang teringat mana-mana lagu boleh senaraikan menerusi komen di bawah. Entri ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau kondem mana-mana pihak, tetapi sebagai imbasan kenangan sahaja. Lagu-lagu ini dah jadi lagenda sepanjang zaman dah. Gua harap tidak disalah ertikan atau menimbulkan sebarang kontroversi.


 (credit gambar untuk member gua Hell Fire)

Suka Entri Ini?

Monday, 27 June 2011

Showcase - Fenomena Rock II (2011)

Showcase Fenomena Rock kembali lagi pada 11 Jun yang lalu bertempat di One Cafe, Kuala Lumpur. Seperti biasa, gua tak turun ke showcase ini, cuma mengikuti perkembangan dari Facebook sahaja. Antara band yang terbabit dalam showcase tersebut adalah Handy Black, Putra, Ababil dan Teras.

Apa yang paling menarik bagi gua tentunya kemunculan semula Handy Black dengan line-up asal mereka iaitu Isa Rahman, Rosli, Bud dan Amy. Dalam showcase tersebut juga mereka meraikan sambutan ulang tahun ke-25 Handy Black.

So, nak cerita banyak pun tak boleh sebab tak pergi. Kita layan saja sedutan showcase tersebut menerusi video-video ini. # terima kasih buat Kamal.

Ababil - Cinta Belum Berakhir


Putra - Kain Cinta Putih



Teras - Ku Kehilangan Diana (bukan line-up album)


Handy Black - Mahound Dunia


Suka Entri Ini?

Sunday, 26 June 2011

Lirik: Masa Scarecrow - Kasih Yang Tersiksa


(klik butang di atas untuk mendengar lagu ini)

Kau pergi tanpa ku relakan
Tinggal diriku bersendirian
Di saat ku merindu kasih
Engkau hilang dari pandanganku

Apakah yang mengusik hatimu
Nyatakan padaku
Jelaskan salahku
Usah kau biarkan ku merintih

Berikan jawapan
Cuba kau buktikan
Janjimu yang dulu

Apakah aku tak setia
Kepadamu yang bernama kekasih
Kasihku hatiku untukmu
Kau permainkan diriku mengapa

Siapa yang hadir di hatimu
Melerai cintaku membakar kasihmu
Terluka hanyalah ku sendiri
Rela kau begitu tinggalkan diriku
Aku yang tersiksa

Kekasih kini ku merintih
Dalam kota cinta yang kau bina
Kekasih kini ku merintih
Dalam luka kasih yang tersiksa

Suka Entri Ini?

Thursday, 23 June 2011

Lirik: Naja - Bunga Pesona


(klik butang di atas untuk mendengar lagu ini)

Sang bunga berkembang
Dari mewangi di taman seri
Sungguh ayu cantik menghias diri

Ingin ku petik sekuntum
Oh si bunga idaman hati
Kan ku sunting di jambangan syurgawi

Sudikanlah sang bunga
Bertakhta di hatiku
Izinkanlah ku milik cintamu
Kau lah saja suntinganku
Mewangi di kalbu

Buka pintu cintamu
Hanya itu pintaku
Izinkanlah ku lamar hatimu
Kan ku jaga bak mahkota
Menghias kamar hati

Bunga pesona lembut gayanya
Sehalus sutera
Mengharum sanubari
Kau ku puja selalu
Selamanya

Suka Entri Ini?

Monday, 20 June 2011

3 Video Klip Penuh Nostalgia

Video klip rock kapak sememangnya sentiasa menggamit nostalgia gua. Terkenang semula semasa menonton video klip tersebut ketika zaman persekolahan dulu.

Gua jalan-jalan kat Youtube tadi, terjumpa dengan 3 video klip rock kapak ini yang dah lama gua tak tonton tetapi masih segar dalam ingatan gua terutama semasa menonton rancangan kegemaran gua iaitu Muzik Muzik di TV3 satu masa dulu. # terima kasih banyak gua ucapkan buat uploader Syimir Badri.

Muzik Muzik masa tu tak sama macam Muzik Muzik zaman sekarang. Walaupun tak secanggih sekarang tapi lagu-lagunya hebat. Persaingan sengit. Nak memilih juara bulanan pun susah, apatah lagi nak menabalkan juara tahunan. Gua pun pernah juga menghantar borang penyertaan masa tu tapi tak pernah pun menang. Seingat gua ada beberapa orang yang pernah mengendalikan Muzik Muzik di kala tu antaranya Azwan Ali (masa tu keras lagi), Charmaine Agustine, Melissa Saila, Intan Rozila, Ferry Anugerah Makmur, ND Lala dan sapa lagi... gua lupa.

Berbalik kepada cerita video klip tadi, pada lu orang mungkin lagu-lagu ini kurang popular tapi sangat nostalgia bagi gua. Jomlah kita layan. Gua dah ulang 2-3 kali pun tak puas lagi.

Saxo - Nyalakan Cintaku


CRK - Pandang Pertama


Classmate - Segaris Sinar Dalam Kembara


Suka Entri Ini?