Video klip rock kapak sememangnya sentiasa menggamit nostalgia gua. Terkenang semula semasa menonton video klip tersebut ketika zaman persekolahan dulu.
Gua jalan-jalan kat Youtube tadi, terjumpa dengan 3 video klip rock kapak ini yang dah lama gua tak tonton tetapi masih segar dalam ingatan gua terutama semasa menonton rancangan kegemaran gua iaitu Muzik Muzik di TV3 satu masa dulu. # terima kasih banyak gua ucapkan buat uploader Syimir Badri.
Muzik Muzik masa tu tak sama macam Muzik Muzik zaman sekarang. Walaupun tak secanggih sekarang tapi lagu-lagunya hebat. Persaingan sengit. Nak memilih juara bulanan pun susah, apatah lagi nak menabalkan juara tahunan. Gua pun pernah juga menghantar borang penyertaan masa tu tapi tak pernah pun menang. Seingat gua ada beberapa orang yang pernah mengendalikan Muzik Muzik di kala tu antaranya Azwan Ali (masa tu keras lagi), Charmaine Agustine, Melissa Saila, Intan Rozila, Ferry Anugerah Makmur, ND Lala dan sapa lagi... gua lupa.
Berbalik kepada cerita video klip tadi, pada lu orang mungkin lagu-lagu ini kurang popular tapi sangat nostalgia bagi gua. Jomlah kita layan. Gua dah ulang 2-3 kali pun tak puas lagi.
Saxo - Nyalakan Cintaku
CRK - Pandang Pertama
Classmate - Segaris Sinar Dalam Kembara
Suka Entri Ini?
No comments:
Post a Comment